Followers

JODOH ITU RAHSIA ALLAH


ASSALAMUALAIKUM

 Wanna say " Hi " first to all my silent reader. Hari ni Fatin tak kan bermukadimah panjang-panjang sebab apa yang Fatin nak katakan untuk hari ini boleh lah tahan panjang nya. 

First of all , Fatin di minta oleh beberapa kenalan Fatin di facebook untuk menulis sebuah entry mengenai "Jodoh" pada pandangan Fatin sendiri. Ok , here we go ^________^

Bagi Fatin , Jodoh ini terbahagi kepada 3 iaitu :

1 ) Jodoh dari hawa nafsu @_____@
-- Yo , apa maksudnya tu ? yeah , ni nak kupas. Jodoh dari hawa nafsu adalah rasa sayang dan cinta yang hanya berlandaskan hawa dan nafsu sahaja. Contohnya , kita sayangkan seseorang itu tetapi orang itu menolak cinta kita. Maka, kita buat perangkap sehingga ditangkap khalwat dan akhirnya bernikah(MACAM DALAM DRAMA PULA) Ish ish. kat situ dan tambah satu lagi dosa iaitu menuduh seseorang itu melakukan zina. Contoh yang lain pula , sepasang couple melakukan zina dan akhirnya mengandung luar nikah , at last kena kawin sebab perut dah memboyoot dan malu nak sorok kat mana perut yang terlebih buncit tu. Ha, itu lah dinamakan jodoh dari hawa nafsu

2 ) Jodoh dari syaitan -____-
-- Eh, syaitan pun boleh kasi kita jodoh ? ya , maksud jodoh dari syaitan ni adalah menggunakan ilmu hitam untuk memiliki seseorang. Astagfirullah , itu perbuatan syirik ya dan amat di benci oleh Allah. Sanggup menggunakan ubat pengasih atau ilmu guna-guna semata-mata nak kat orang yang dia minat. Itu tak elok dan amat di cegah dalam Islam !!

3 ) Jodoh dari Allah ^___^ 
-- Ha, yang terakhir pula, jodoh dari Allah ^_^ . Meminati seseorang , lalu merisik dan diterima. Akhirnya ke mahligai perkhawinan dan happy ending forever and ever. Kenapa happy ending ? sebab , jodoh kita ditentukan oleh Allah , berlandaskan agama dan bukannya dari hawa nafsu dan hasutan syaitan. Bercinta juga berlandaskan agama dan menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan. Jika kita tak bersama dengan orang yang kita cinta atau erti kata lain kena reject , jangan risau ! Allah telah tetapkan seseorang yang terbaik untuk kita. Yang single  tak semestinya tak laku tapi cinta nya khas untuk seseorang yang benar-benar istimewa. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang kita tahu dan apa yang kita tidak tahu :)

* Sekian sahaja pendapat fatin pasal ni. Maaf sebagai penutup seandainya  pendapat Fatin ni salah atau belum cukup lagi , Ilmu masih sikit berbanding anda. Tetapi ini sahaja yang dapat Fatin berikan seperti beberapa kenalan Fatin ( tak pernah jumpa pun) minta Fatin berikan. Ini adalah pendapat Fatin tentang Jodoh. Tak tahulah bagaimana pada pandangan anda.

sekian , , 

Suka entry nie? like jelah..

No comments: