Followers

ALLAHUAKBAR !

Assalamualaikum .

salam sebagai pembuka bicara pada semua umat Islam. 

Jam 01.30 pagi, aku tersedar dari mimpi. Mimpi yang kembalikan siapa diri aku yang sebenar ini. Mimpi yang menyedarkan janji-janji yang telah terlafaz sebelum diberi peluang di bumi ini untuk bernafas. Air mataku mengalir tanpa henti. Aku ketakutan tanpa sebab. Sebab yang aku sendiri tidak mengerti. Jiwa aku tidak keruan . Seperti ada mata-mata yang memerhati setiap langkah langkah dan gerak geri. 

Dah 30 minit aku macam ni. Masih ketakutan hingga kini. Rasanya sudah tiba masanya. Masa untuk kembali kepada pencipta. Aku bangun dan terus mengambil wuduk. Entah kenapa air yang mengalir ke wajahku terasa berbeza. Lain sangat. Sejuk dan tenang yang tak terkata. Lepas je wuduk, aku terus memakai telekung.Sekali lagi aku tersentap. Aku semakin keliru dan buntu. Entah mengapa aku lupa arah kiblatku sedangkan sebelum ini aku ingt arah kiblat setiap kali ingin menunaikan solat . Masa tu , MasyaAllah ! Tuhan je yang tahu apa aku rasa. Aku ketuk bilik ibu. Perlahan-lahan aku lihat arah sejadah yang selalu ibu bentang di situ. Alhamdulillah akhirnya aku tahu. Entah mengapa hati sayu. tunaikan solat taubat dan solat sunnat selagi mampu. 

Aku tersedar dalam 03.30 pagi. di atas sejadah dengan diri yang masih bertelekung. mungkin aku tertidur sewaktu aku tengah berzikir. aku tanggalkan telekung dan lipatkan sejadah. aku letakkan di suatu sudut. aku baring di katil . Fikiran masih ligat berfikir. Apakah pesanan yang diberikan dalam mimpi itu? Apa sebenarnya yang terjadi pada diri ku. Yang aku pasti , mimpi aku itu jelas. persoalannya, aku bertudung dan aku masih melakukan ajaran islam. Tetapi mengapa mimpi itu menganggu ku. akhirnya aku temui jawapannya.

-aku bertudung tetapi pakaianku ?
-aku bertudung tetapi adakah ia sempurna?
-aku bertudung tetapi adakah ia menutup dada? 
-aku bertudung tetapi tidak melakukan suruhan Allah sepenuhnya.
-aku bertudung tetapi masih melakukan dosa.
-aku bertudung tetapi hatiku masih kotor dengan dosa.

Mungkin sebab ini aku diberi petunjuk dengan mimpi yang dasyat. SubhanaAllah. Namun , masih banyak persoalan mengganggu fikiranku

-andai aku bertudung labuh , adakah orang lain akan menggelakkanku ?
-andai aku bertudung litup, masih adakah orang yang mahu mengenaliku.
-andai aku bertudung litup, mampukah aku menghadapi kemungkaran.
-bagaimana jika aku masih melakukan dosa? 

banyak persoalan yang masih berlegar. keliru dan buntu menjadi satu. Ya Allah, aku masih perlukan petunjukMU :')

                  
Suka entry nie? like jelah..