Followers

I Miss My old


Assalamualaikum

Rasanya dah lama tangan ni tak menaip dan menyemak kat blog ni. Dah berhabuk agaknya *fuh fuh* tiup kasi bersih :)

Topik untuk hari ni ? Ce perhatikan dulu gambar kat bawah ni 

 Alolololo , kenapa sedih ? Hmm, ini lah yang nak cerita :'(

Actualy, i miss my old. I miss my family , i miss my old friends and i miss my old lifestyle.

Miss my family... Teringin nak macam keluarga orang lain. Ibu, ayah , adik-beradik always berkumpul together. But me? Ayah duduk Kota Tinggi dan kami tinggal di Tangkak. Kenapa? Sebab ayah kerja. dua minggu sekali ayah akan balik. Fatin ada jugak luah perasaan kat ayah dan ibu, tapi mereka cakap ini pengorbanan dan akan berakhir sampai hujung tahun depan sahaja. Nak stabilkan dulu bisnes ayah. Ya ayah, along tunggu :'(

Friends ? kawan kat sekolah sains tu tak best ke? Tak seronok? Bukan !! Kawan kat sekolah baru seronok. tapi tapi rindu jugak kawan lama yang gila-gila tu. Rindu jugak kat kawan tun mamat macam Tiqa, Hanis, Tiqa Razak and ramai lah. kat sri tangkak tu, aku rindu Gost. diaorang gila. Gila tahap apa pun aku tak tahu. Tapi seronok sebab diaorang paham aku. Diaorang selalu ada dengan aku. Tapi jangan ingat kami tak pernah bergaduh! pergaduhan dan salah faham tu lah yang eratkan kami. Nak diaorang balik :'(

Life? sekolah and asrama takde life ke? Asrama ada life tapi sekolah tak!! Selama ni aku suka pergi sekolah tapi kat sasem tak! Diulang TAKKKK!! Sebab tu lah aku decideeeee... hmm, decide apa? hah! tu kena tunggu entry satu lagi sebab benda tu tak confirm kan. kang kalau cakap takut tak jadi :) ya,, aku rindu life aku dulu. Life aku yang tak banyak masalah. Life aku yang takde orang push aku untuk belajar. Life aku yang happy. Life aku yang tak banyak air mata keluar. semuanya aku rindu. Rindu nak sekolah harian weyyyhhh!! Air mata ni asyik mengalir je. Kadang-kadang nak give up pun ada. 

ps : mengharapkan life baru boleh hidupkan kenangan lama :) walaupun kadang-kadang tak seindah dulu, tapi sekurang-kurangnya dapat kurangkan kesedihan dan tingkatkan kegembiraan. InsyaAllah :)



sincerely :-  
    


 

Suka entry nie? like jelah..

No comments: